Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang (Forex) Setakat Awal Sesi Eropah

57

Matawang dollar secara keseluruhanya mengukuh dengan prestasi mingguan terbaik sepanjang tahun ini disokong oleh kenaikan hasil-bon U.S yang didorong oleh pelan reformasi cukai Trump. Indeks dollar kini semakin pulih dan keluar daripada paras terendah.

Walaubagaimapun, pasaran masih lagi sangsi dengan matawang U.S dolar dalam jangka masa panjang rentetan pelan reformasi cukai yang masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kongres.

”Kita perlukan data yang lebih jelas dengan kemajuan pelan reformasi melalui Kongres sebelum matawang dolar U.S meneruskan kenaikan.” kata Thu Lan Nguyen, pakar strategi FX di Commerzbank AG.

Indeks Dollar berada pada paras 93.12 iaitu peningkatan sebanyak 1% pada minggu ini seterusnya meletakkan indeks dollar pada prestasi terbaik sejak Disember tahun lepas.

Data yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa hari mendatang dijangka akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang keadaan ekonomi U.S.

Para pelabur akan menumpukan pada data ekonomi U.S termasuk indeks harga perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) bulan Ogos yang akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 8.30 malam, dan data pekerjaan U.S yang akan dikeluarkan pada 6 Oktober.

Para pelabur berpendapat dollar U.S akan meningkat buat masa ini kerana data-data yang dikeluarkan menyokong pasaran bon.

Matawang eropah menyusut pertama kali sejak Februari pada bulan ini disebabkan sentimen pilihan raya Jerman.

Matawang euro mendatar pada $1.1791 dan menurun menghampiri 1% dalam bulan ini.

Data inflasi zon eropah antara faktor-faktor yang dapat memberi kesan terhadap pasaran matawang euro. Sasaran inflasi yang ditetapkan adalah pada 2 peratus namun bacaan inflasi yang dikeluarkan bagi bulan September dijangka berada pada paras 1.6%. diikuti bacaan bula Ogos lalu pada 1.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat