Pergerakan Tidak Menentu Hiasi Sesi Eropah, Pasaran Dalam Dilema!

280

Pergerakan tidak menentu dolar greenback menghiasi pembukaan dagangan sesi Eropah, yang memperlihatkan raja matawang itu jatuh sebelum kembali meningkat untuk didagangkan stabil berbanding pesaing utamanya.

Sentimen pasaran bercampur-campur di mana terdapat optimisme terhadap penurunan kes-kes coronavirus di UK, sementara peningkatan kes di Amerika Syarikat pula menimbulkan kebimbangan.

Kes coronavirus di UK menurun untuk hari keluma berturut-turut, seminggu selepas negara itu menghapuskan semua sekatan. Kemajuan dalam program vaksinasi nampaknya membuahkan hasil dengan melindungi penduduk daripada wabak pandemik itu.

Matawang pound didagangkan mendatar dengan sedikit berubah di sekitar harga 1.37400 berbanding US dolar pada awal dagangan sesi Eropah.

Sementara di AS pula, Dr. Anthony Fauci mengatakan bahawa AS kini menuju ke arah yang salah dalam memerangi gelombang baru Covid-19, kerana peningkatan kes di kalangan orang yang tidak divaksinasi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit susut pada 92.85 berbanding sekumpulan matawang utama.

Dalam pada itu, data tumpuan pada sesi Eropah menunjukkan indeks iklim perniagaan Ifo Jerman tanpa dijangka jatuh pada bulan Julai, kepada 100.8 daripada 101.7 yang dicatatkan bulan lalu.

Matawang euro sedikit terkesan dengan pembacaan ini namun kekal didagangkan stabil di sekitar 1.7740 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan susut di tengah jangkaan bahawa penutupan di Sydney akan dilanjutkan sehingga bulan September. Sebilangan besar Australia berada dalam keadaan terkurung ketika Covid terus merebak, sementara kempen vaksinasi sedang berusaha untuk dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat