Pergolakan Politik Di Eropah Dorong Penurunan Harga Dagangan EUR/USD

710

Sentimen pasaran dilihat agak bercampur pada dagangan awal minggu ini namun US dolar berjaya mempamerkan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain.

Penggubal polisi di Amerika Syarikat mengatakan mereka akan melakukan pelbagai langkah demi mempertahankan kestabilan ekonomi dalam situasi tekanan namun bertegas kadar faedah tidak akan diturunkan sehingga ke paras negatif. Kadar faedah dijangka akan kekal rendah buat waktu ini berhampiran paras sifar.

Matawang Euro pada awal minggu memperlihatkan penurunan pada nilai dagangan yang ketara memasuki sesi pasaran Eropah semalam.

Hal ini didorong oleh pengumuman Suruhanajaya Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahkamah Jerman berikutan isu program rangsangan bank pusat Eropah (ECB) sebelum ini.

Turun menambahkan lagi tekanan Euro pada sesi Eropah semalam susulan data pengeluaran perindustrian Itali yang diterbitkan dengan bacaan angka yang merudum. Angka bacaan data untuk bulan Mac mencatatkan kejatuhan kepada -28.4% lebih rendah berbanding jangkaan -20.0%.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga membuat kenaikan yang lemah pada sesi Asia hampir menyentuh paras 1.08500 sebelum penurunan dipamerkan pada sesi Eropah.

Penurunan harga diteruskan sehingga dagangan sesi New York dengan paras terendah harian mencecah hampir sekitar 1.08000 sebelum bergerak perlahan pada penghujung sesi dan menutup dagangan di sekitar paras tersebut.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga dilihat meneruskan penurunan lebih rendah berbanding paras terendah harian semalam dan menuju paras support minggu lalu sekitar 1.07650.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan zon support lebih rendah di paras 1.07300 yang diuji pada dagangan April lalu namun gagal ditembusi harga.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras tumpuan pada 1.08300 di zon SBR (support become resistance) akan diuji semula. Harga juga akan menguji garis halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Melepasi halangan MA50 akan memberikan isyarat awal perubahan trend harga pada carta EUR/USD sebelum akan meneruskan kenaikan menuju paras tumpuan 1.09000 pada zon SBR yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat