Kes Virus Di Amerika Dilaporkan Melonjak Tinggi, Pentadbiran Trump Sengaja Sembunyikan Data?

1,029

Permulaan dagangan Asia hari Selasa mempamerkan pengukuhan US dolar berbanding matawang utama. Laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan pada Jumaat lalu, menunjukkan kejatuhan ketara pekerjaan di AS pada bulan April. Bagaimanapun, angka ini dilihat lebih baik daripada jangkaan, membuka ruang untuk pemulihan USD.

Tumpuan utama pasaran pada minggu ini terarah kepada pengeluaran data inflasi AS pada malam ini, ucapan Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell pada Rabu dan penerbitan data jualan runcit AS pada Jumaat.

Terbaru, menurut data yang tidak didedahkan yang digunakan pasukan petugas pandemik White House untuk mengesan kadar jangkitan, portal media US, NBC News hari ini melaporkan terdapat lonjakan dalam kes jangkitan coronavirus di beberapa wilayah di seluruh negara AS.

Berdasarkan data dalam laporan pasukan petugas coronavirus pada 7 Mei itu, ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan Presiden AS Donald Trump pada Isnin bahawa jumlah jangkitan di seluruh negara menurun dengan cepat.

Sepuluh wilayah termasuk, Iowa, Texas dan Nashville mencatat lonjakan 72.4% atau lebih tinggi dalam tempoh tujuh hari berbanding minggu sebelumnya, sementara kadar kes baru di Charlotte dan Kansas City menunjukkan kenaikan lebih daripada 200% daripada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, kemajuan dalam rancangan pembukaan semula ekonomi terbantut berikutan dibayangi oleh kebimbangan mengenai lonjakan kes baru yang telah dicatatkan Korea Selatan dan Jerman.

Sementara itu, dolar Aussie dan New Zealand kembali mempamerkan penyusutan setelah didagangkan meningkat ke paras ketinggian 6 minggu berbanding US dolar pada minggu lalu.

Mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada hari esok dijangka tidak akan melihat perubahan dalam kadar faedah, namun pada bulan lalu, Gabenor Adrian Orr ada menyatakan bahawa beliau tidak menolak mengenai kemungkinan penambahan rangsangan pada bulan Mei meskipun kini ekonomi New Zealand telah dibuka semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat