Proton Beri Insentif Kepada Pemandu E-Hailing!

579

Proton Holdings Bhd telah melancarkan tawaran promosi kepada para pemandu e-hailing. Tawaran tersebut boleh didapati dengan pembelian kereta Proton dan anda berpeluang memenangi kad bagi pembelian minyak Petronas yang bernilai RM500!

Menurut syarikat kereta nasional tersebut, pemberian insentif berkenaan diberikan kepada pembeli kereta kerana industri e-hailing dilihat semakin berkembang di Malaysia. Hal ini demikian kerana kebanyakan rakyat cenderung untuk menceburi industri tersebut sebagai inisiatif untuk memperoleh pendapatan tambahan. Selain itu, insentif ini juga dijangka dapat meningkatkan penggunaan jenama kenderaan itu dalam industri berkenaan.

Dengan pembelian Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baru dari kedai jualan yang sah, para pelanggan akan berpeluang untuk memperoleh insentif kad berkenaan atau rebat harga dengan nilai yang sama.

Bagi mendapatkan insentif tersebut, para pelanggan perlu mengemukakan lesen e-hailing PSV yang sah sebagai bukti dan mendaftarkan kenderaan dengan nama mereka sendiri. Tambahan daripada itu, Proton turut menawarkan potongan harga tambahan bagi model terpilih dari RM300 hingga RM1,500.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Disember dan terbuka kepada individu yang menjalankan pembelian kereta untuk digunakan bagi tujuan e-hailing oleh pemandu lain.

Dalam hal ini, surat persetujuan yang menyatakan tujuan pembelian akan diperlukan bersama dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemandu e-hailing dan salinan lesen e-hailing PSV mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat