Perhatian! 3 Acara Utama Ini Boleh Dorong BTC Bullish!

758

“Mungkin boleh mungkin tidak, apa-apa pun kita kena lihat dan bersedia je la.”

Pasaran mata wang kripto kini sentiasa bersedia meneliti statistik ekonomi bagi menentukan pergerakan harga yang bakal dilakukan Bitcoin (BTC), berikut adalah tiga data teratas yang para pelabur akan perhatikan minggu ini.

Salah satunya adalah data NFP selanjutnya termasuk data jualan runcit yang bakal memberi penerangan lebih lanjut tentang topik yang sama dalam menentukan sama ada Federal Reserve (Fed) akan menurunkan kadar faedah atau tidak.

Jadi di sini dapat dilihat data yang baik boleh memberi rangsangan kepada sentimen pelabur sekali gus mendorong harga BTC untuk naik lebih tinggi.

Kenyataan Naib Pengerusi Fed Philip Jefferson pada minggu ini juga akan menyebabkan pelabur memantau secara teliti di mana mereka telah meletakkan banyak pergantungan pada keputusan kadar faedah Fed semasa menilai aset pada masa lalu.

Sekiranya kadar faedah turun tidak lama lagi, pasaran kripto akan memperoleh manfaat daripada selera risiko lebih tinggi dan kuasa beli yang teguh seterusnya mencetuskan bull run untuk pasaran kripto termasuk BTC.

Bukan itu sahaja, acara halving BTC yang dijadualkan berlaku pada 20 April 2024 juga amat penting susulan penurunan ganjaran blok secara beransur-ansur untuk miners dapat menyumbang pada pengurusan bekalan dan permintaan.

Memang tidak dinafikan halving BTC pada asasnya mewujudkan ketidakseimbangan permintaan dan bekalan, tetapi ia berpotensi membawa pada kenaikan ketara harga BTC paling dinanti-nantikan ramai orang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat