Perkembangan Baharu, MATIC Diramal Bakal Memuncak Sebab Ini!

328

“MATIC kena la tembus $2 kalau nak pelabur lagi percaya.”

Mata wang kripto Polygon (MATIC) menyaksikan prestasi memberangsangkan setelah aset digital tersebut berjaya melancarkan zkEVM yang dimaklumkan telah memperoleh sejumlah keuntungan lumayan.

Sama seperti penyelesaian penskalaan Ethereum (ETH) Virtual Machine, zkEVM telah memanfaatkan zero-knowledge proof (ZKP)* yang membenarkan kos transaksi dikurangkan dan peningkatan besar dalam daya pengeluaran.

*Teknologi kriptografi yang membolehkan sesuatu maklumat disahkan tanpa mendedahkan maklumat itu sendiri

Difahamkan bahawa pembinaan rangkaian zkEVM yang bertujuan untuk menyertai permainan Web3 telah berjaya dilaksanakan apabila MATIC memeterai perjanjian bersama Immutable bagi bangunkan lagi ekosistem aset digital itu.

Pembaharuan tersebut telah menjadi sebab bilangan pengguna MATIC semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Selain itu, penggunaan rangkaian MATIC turut menyaksikan pendakian ketara sejak 10 Mac sejurus selepas harganya melihat pergerakan menurun antara 21 Januari hingga 19 Februari, ulas penganalis kripto terkemuka Ali di Twitter.

Tambahnya lagi, harga MATIC jika diperhatikan dengan teliti telah membuat peningkatan sedikit demi sedikit ketika rangkaian aset digital tersebut menunjukkan kecendurungan menurun dan beliau jangkakan ia akan lonjak lebih tinggi dalam masa terdekat ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga MATIC tergelincir sebanyak 1.96% pada paras $1.10 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $7 bilion sementara juga catatkan penyusutan sekitar 3.78% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat