Permintaan Dalam Kalangan Institusi Terhadap BTC & ETH Semakin Lemah?

1,076

Firma penyelidkan Glassnode pada hari ini telah mengeluarkan dapatan kajian kripto bahawa permintaan institusi semakin perlahan dengan pasaran Bitcoin masih cuba melepasi paras rintangan. Pasaran kripto tambah tertekan apabila tekanan penjualan daripada perlombongan semakin meningkat.

Laporan itu menyatakan bahawa salah satu faktor terbesar dalam naratif institusi adalah aliran aset kripto yang sehala kepada dana GBTC Grayscale. Para pelabur cuba untuk memanfaatkan abritaj yang tinggi dikecapi pada tahun 2020 dan awal 2021.

Bitcoin masih lagi didagangkan sideway pada minggu ini ditambah dengan para pelabur mula melepaskan keuntungan sebelumnya dalam pasaran dengan menjualan pelaburan mereka ketika pasran ‘downtrend’.

Sejak pertengahan Mei, nilai aset bersih telah berkurangan sebanyak -21.23%. Potongan harga ini terus meningkat berikutan penjualan dalam pasaran. Glassnode juga melihat aliran keluar dari dua institusi dan BTC.

Secara rumusan, laporan menyatakan bahawa premium GBTC, aliran keluar bersih dari ETF dan Coibanse dapat disimpulkan bahawa permintaan BTC dari institusi semakin lemah sejak seminggu lalu.

Jumlah aliran keluar Bitcoin bagi semua dana telah merosot menjadi hanya $ 1.3 juta, turun dari $ 89 juta untuk minggu sebelumnya. Namun, terdapat aliran masuk yang sedikit untuk Grayscale. Hal ini menunjukkan sentimen bercampur untuk pasaran Bitcoin dalam kalangan pelabur.

Harga BTC setakat ini telah melonjak naik ke paras harga $36,393.14 dengan naik 5.70% dalam masa 24 jam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat