Potensi Penurunan 70 Pips Pada USD/CAD Bakal Uji Semula Paras SBR 1.32300

559

Matawang komoditi dolar Kanada didagangkan lemah berbanding USD pada Khamis berikutan Loonie yang terkesan oleh data ekonomi China yang lemah serta kebimbangan terhadap keputusan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

China merupakan antara negara pengguna terbesar minyak mentah dan sebarang kemorosotan pada data ekonomi turut memberi tempias terhadap Kanada. Pertumbuhan pada pengeluaran perindustrian di China jatuh ke paras terendah 17 tahun pada dua bulan pertama dagangan untuk tahun ini.

Kadar pengangguran di China juga berada pada paras yang tinggi sekaligus mencerminkan kelemahan pada pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Perkembangan pada rundingan dagang AS-China pula, perjumpaan di antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada penghujung Mac ini akan ditangguhkan. Trump menyatakan keputusan rundingan dijangka akan diketahui dalam tempoh tiga hingga empat minggu dari sekarang.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga membuat kenaikan pada dagangan semalam menguji zon resistance sekitar paras 1.33300 dan 1.33500. Namun pergerakan harga agak perlahan dan gagal membuat kenaikan ke paras yang lebih tinggi.

Pada dagangan hari ini, setakat sesi pasaran Eropah petang ini harga telah menunjukkkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3321 dan turun menguji paras support 1.3296 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga terus menyambung penurunan harga, jangkaan zon RBS (resistance become support) sekitar 1.32300 bakal menjadi destinasi tumpuan harga berdekatan support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line untuk harga turun 70 pips lebih rendah lagi.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan mengatasi zon resistance semalam, paras ketinggian sekitar 1.34400 berkemungkinan mampu dicapai harga sekaligus mencatatkan hampir 140 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal posisi dagangan harian.

Paras support: 1.3296, 1.3262, 1.3236.

Paras resistance: 1.3356, 1.3381, 1.3416.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat