Ringgit Bergerak Menyederhana Di Hujung Minggu, Risiko Pasaran Global Semakin Meningkat

234

Mata wang ringgit dibuka lebih tinggi berikutan pembetulan dalam Indeks Dolar AS (DXY) dan berada dalam kedudukan terlebih jual.

Ia juga turut dipengaruhi oleh pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat bagi 2023 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata pengumuman KDNK pada hari ini akan dipantau dengan teliti terutamanya mengenai penilaian terkini oleh bank pusat berkenaan prospek ekonomi tahun ini dan bagaimana ia diterjemahkan kepada keputusan dasar monetari.

Katanya lagi, DXY kini berada pada corak menaik kerana Federal Reserve (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah yang stabil untuk beberapa ketika sebelum mereka mula mengurangkannya dan penurunan dalam jualan runcit akan memberi peluang kepada para pelabur untuk mengunci beberapa keuntungan.

Selain itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata bahawa ringgit boleh menyaksikan beberapa peningkatan hari ini berikutan sentimen risiko global yang mula melantun semula. Harga pasaran minyak mentah dan hasil AS menunjukkan penurunan.

Beliau berfikir keuntungan boleh dihadkan menjelang pengumuman Indeks Harga Pengeluar AS kerana para pelabur mungkin berhati-hati tentang satu lagi bacaan inflasi yang lebih hangat menyusuli data Indeks Harga Pengguna minggu ini.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7775/4.7810 berbanding dolar AS berbanding 4.7800/4.7850 pada penutup Khamis.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1818/3.1844 daripada 3.1860/3.1896 pada penutup Khamis, tetapi susut berbanding pound Britain kepada 6.0125/6.0169 daripada 6.0008/6.0071 dan susut berbanding 14.143.000/5.000 berbanding euro /5.1357.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ia lemah berbanding baht Thailand kepada 13.2180/13.2335 berbanding 13.2084/2292 pada penutup semalam dan susut berbanding peso Filipina pada 8.54/8.56 daripada 8.53/8.54.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.5481/3.5512 berbanding 3.5481/3.5521 dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 305.2/305.4 daripada 305.7/306.0 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat