Ringgit Naik Lebih Tinggi Sejak Awal Minggu, Cecah RM4.70 Berbanding USD

336

Semalam, Ringgit Malaysia (RM) ditutup tinggi berbanding dolar AS untuk tiga hari berturut-turut seiring dengan kejatuhan mata wang serantau.

Situasi ini berpunca disebabkan oleh beberapa data ekonomi AS yang terus memberi kelebihan kepada nilai mata wang dolar AS dan ucapan pegawai Federal Reserve (Fed), Christopher Waller bahawa bank pusat Amerika Syarikat tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedahnya.

Tepat jam 10.30 pagi, ringgit berada paras 4.7145 berbanding dolar AS daripada ia ditutup sekitar 4.6092 semalam.

Menurut Waller, walaupun kadar inflasi di Amerika Syarikat tidak jauh daripada sasaran 2%. Fed masih kekal berpendirian bahawa mereka tidak melihat ia satu keperluan untuk mengurangkan kadar faedah dengan segera.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam berkata bahawa kenyataan pegawai Fed itu sememangnya wajar diberikan perhatian di peringkat pasaran global.

Selain itu, laporan KDNK China pada bulan Disember yang berada pada paras 5.2% adalah seiring dengan sasaran kerajaan iaitu sekitar 5.0% sahaja.

Wujudnya persepsi pasaran yang kurang meyakinkan bahawa usaha penurunan sederhana itu dapat dicapai. Para pelabur mula berhati-hati terhadap prospek ekonomi China bagi tahun ini dan seterusnya.

Katanya lagi, langkah atau pilihan bagi memastikan prestasi ekonomi lebih selamat disebabkan situasi ketidaktentuan pasaran telah mendorong peningkatan dolar Amerika Syarikat dan memberi kesan sebaliknya kepada nilai ringgit.

Ramalan berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah turut memberi kesan sebaliknya kepada pasaran Asia serta diburukkan lagi dengan kebimbangan mengenai deflasi di China.

Keputusan People’s Bank of China untuk berkecuali daripada penurunan kemudahan pembiayaan jangka pertengahan pada awal minggu ini hanya meningkatkan lagi kebimbangan mengenai strategi yang ada untuk pemulihan ekonomi.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia. Ia susut ketara berbanding euro dan pound Britain. Namun, alami pengukuhan berbanding yen Jepun.

Mata wang tempatan itu juga turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain. Ia susut berbanding baht Thailand, dolar Singapura, peso Filipina dan rupiah Indonesia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat