Ripple Tak Jadi Beli Firma Ini! Kenapa Berubah Hati Pula?

528

“Sekejap nak sekejap tak nak, mesti ada sebab Ripple tiba-tiba bertindak sebegini.”

Diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple Brad Garlinghouse, firma pembayaran blockchain itu membuat keputusan berundur daripada rancangannya bagi memperoleh syarikat memfokuskan mata wang kripto Fortress Trust.

Namun, rekod prestasi Fortress Trust dalam menyelesaikan masalah pelanggan melalui penawaran produk inovatif yang masih dikagumi oleh Garlinghouse telah menyebabkan beliau komited untuk tetap menyokongnya.

Memang tidak dinafikan butiran kewangan khusus masih tidak didedahkan, tetapi Ripple pada awal September 2023 telah berhasrat memperoleh Fortress Trust sebagai sebahagian daripada perjanjian tunai dan ekuiti.

Selain menggambarkan Fortress Trust sebagai institusi kewangan yang menyediakan infrastruktur kewangan, pengawalseliaan dan teknologi Web3 berlesen untuk inovator blockchain, Ripple turut melabur dalam syarikat tersebut.

Bagaimanapun, keputusan untuk berundur daripada pemerolehan itu telah berlaku apabila Fortress Trust menghadapi pelanggaran keselamatan sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira $15 juta dalam kripto.

Meskipun begitu, CEO Fortress Trust Scott Purcell kemudiannya memberi jaminan bahawa kerugian tersebut akan dilindungi segera dan pasukannya akan meneruskan operasi seperti biasa sambil menyemak pilihan vendor alternatif.

Setakat penulisan ini, harga XRP telah mendaki sebanyak 2.49% pada paras $0.51 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $27 bilion tetap merekodkan penyusutan 0.11% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat