Saham AirAsia X Digantung Selepas Junam 15%

2,066

Sungguhpun AirAsia X Bhd merekodkan keuntungan pada suku kedua berbanding kerugian setahun lalu, namun sahamnya tergelincir rendah hari ini (Selasa).

Apa sebenarnya yang berlaku?

Terbaru, syarikat penerbangan tambang murah itu melaporkan keuntungan bersih pada suku kedua 2023 sebanyak RM5.54 juta berbanding kerugian bersih besar RM652.2 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan suku tahunan melonjak 379% susulan lonjakan dalam perjalanan antarabangsa kerana sempadan dibuka semula.

Bukan itu sahaja, malah ini merupakan catatan keuntungan bersih suku tahunan keempat berturut-turut oleh syarikat itu.

Sementara itu, pendapatan pula meningkat kepada RM512.91 juta bagi suku tersebut daripada RM107.18 juta pada setahun lalu apabila lebih banyak pesawat dikembalikan kepada perkhidmatan.

Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2023, AirAsia X mencatatkan untung bersih RM333.54 juta pada hasil RM1.06 bilion, empat kali ganda daripada RM220 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pun begitu, prestasi ini gagal mengujakan pelabur, malah Maybank Investment Bank Bhd mengurangkan unjuran pendapatannya sebanyak 16-29% untuk AirAsia X yang dilihatnya mengecewakan.

AirAsia X susut lebih rendah pada awal dagangan hari ini pada RM2.05 sebelum mengurangkan kerugian untuk didagangkan pada RM2.28 dengan permodalan pasaran RM1.02 bilion.

Sementara saham ‘proprietary day trading’ (PDT) dan ‘intraday short selling’ (IDSS) digantung hari ini hingga 30 Ogos susulan kejatuhan harga lebih 15 sen atau 15% daripada harga rujukan.

 

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat