SEC Tidak Berminat Mengawal Selia Kripto Pada Tahun 2021?

2,172

Pada hari ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) telah mengumumkan agenda pengawalseliaannya untuk tahun 2021. Berdasarkan senarai pengawalseliaan yang dikeluarkan untuk tahun ini , kripto, blockchain, atau token tertentu seperti Bitcoin atau Ethereum tidak termasuk dalam senarai pengawalseliaan.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya kenapa agenda kripto tidak termasuk dalam salah satu pengawalseliaan dengan pelbagai isu berbangkit yang menjadi kontroversi. Antaranya ialah isu penggunaan tenaga dalam perlombongan kripto, peningkatan serangan ransomware yang dibayar dalam Bitcoin,potensi ancaman kripto terhadap matawang rasmi seperti yang sering ditegaskan oleh Institusi Kewangan Antarabangsa dan ahli politik, dan perkara-perkara lain lagi.

Topik-topik tersebut tidak dimasukkan dalam daftar pengawalseliaan yang perlu dilakukan. Ini secara harfiahnya membawa indikasi sentimen yang positif untuk pasaran kripto dimana ia tidak akan dikawalselia pada tahun ini.

Perkara ini adalah suatu perkara yang tidak dijangka dalam kalangan pemain pasaran kerana pengerusi SEC berkali-kali menegaskan bahawa kripto memerlukan pengawalseliaan. Menurut pengerusi SEC, Gary Gensler, bitcoin adalah satu digital yang langka dan sangat tidak stabil. Justeru bagi mengelakkan risiko yang besar maka para pelabur perlu dilindungi.

Dalam masa yang sama, SEC tidak menganggap semua token digital adalah kripto, justeru jurang ini akan mendapat perhatian SEC.

Harga Bitcoin ketika penulisan didagangkan pada harga $40,011.30 dan Etherum pada harga $2,547.83.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat