Sektor Buruh Kanada Merosot, Ini Kesan Pada Carta USD/CAD Minggu Lalu!

88

Jangkaan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD di penghujung minggu lalu agak meleset dengan tumpuan telah terarah kepada laporan data pekerjaan Kanada yang diterbitkan.

Meneliti komponen data, ekonomi kehilangan sebanyak 17,300 pekerjaan pada bulan Mei dan lebih tambah parah apabila kadar pengangguran melonjak hingga ke paras 5.2% daripada 5.0% sebelum ini.

Namun, agak mengejutkan penganalisis pasaran apabila reaksi mata wang dolar Kanada tidaklah seburuk yang dijangkakan.

Penganalisis juga menilai unjuran dasar monetari selanjutnya oleh bank pusat Kanada (BOC) selepas ini setelah kadar faedah dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas.

Langkah pengetatan dasar yang dilihat akan diteruskan sebelum ini kembali tertahan ekoran bacaan pada sektor buruh yang merosot.

Memerhati pada carta USD/CAD, berlaku lantunan harga selepas laporan pekerjaan itu diterbitkan, namun penyusutan dolar Kanada tidak begitu ketara.

Harga kembali membuat penurunan semula berikutan US dolar yang telah bergerak suram pada hari sebelumnya lagi menamatkan dagangan di sesi-sesi terakhir dengan lemah.

Paras terendah dicecah adalah sekitar 1.33130 dan dapat diperhatikan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD kekal menjadi penghalang setiap kali kenaikan berlaku, mengekalkan petunjuk bagi pergerakan bearish.

Begitu juga pada pergerakan harga pada pembukaan awal minggu ini, MA50 kekal menahan harga daripada membuat kenaikan dan ditekan turun semula dari paras 1.33500.

Jika corak penurunan diteruskan lagi pada minggu ini, paras 1.33000 dilihat bakal diuji untuk penganalisis menilai reaksi harga pada paras itu.

Jika tembus lebih rendah, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan hingga boleh mencecah ke zon tumpuan pada 1.32000.

Namun jika berlaku kenaikan semula minggu ini, rintangan awal adalah pada 1.34000 dilihat bakal diuji.

Seterusnya, harga akan melanjutkan kenaikan menuju pula zon SBR (support become resistance) pada 1.35000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat