Hong Kong Jemput Coinbase Tubuhkan Operasi Kripto!

135

“Selepas alami pelbagai rintangan sebab SEC, boleh ke Coinbase bangkit semula daripada kejatuhan?”

Demi mengembangkan lagi pasaran mata wang kripto secara global di negaranya, Hong Kong bersedia menawarkan bantuan dan rancangan penyenaraian saham untuk bursa aset digital Coinbase sebagai sebahagian daripada matlamatnya bagi menubuhkan perniagaan kripto di sana.

Menurut Johnny Ng, ahli Majlis Perundangan berkata bahawa langkah itu dilaksanakan selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mengenakan tindakan undang-undang terhadap Binance dan Coinbase.

Sungguhpun banyak negara di Barat masih berhati-hati dengan kripto, Hong Kong bertindak mengambil pendekatan berbeza dalam mengawal selia aset digital.

Setiausaha Kewangan Hong Kong, Paul Chan pada tahun ini dilaporkan ingin membina pasaran kripto dan fintech yang teguh, oleh itu negara itu secara proaktif membangunkan peraturan dan langkah pematuhan untuk memupuk pertumbuhan industri aset digital.

Memang tidak disangkal pendirian pro-kripto Hong Kong telah berjaya menarik perhatian syarikat gergasi teknologi apabila Samsung pada Januari 2023 mengumumkan pelancaran Bitcoin Futures Active ETF di bursa saham negara itu.

Kerajaan China juga dilaporkan akan menggunakan Hong Kong sebagai tempat ujian untuk inovasi kripto selagi ia tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada kestabilan kewangan negara.

Pada 9 Jun 2023, Penguasa Kewangan Hong Kong (HKMA) mengumumkan akan laksanakan mata wang digital bank pusat (CBDC) runcit untuk meneroka potensi CBDC sebagai kaedah pembayaran bagi transaksi harian dan memudahkan pelanggan masuk ke bursa kripto.

Di sini dapat lihat betapa komitmennya ahli Majlis Perundangan tersebut dalam menjadikan Hong Kong sebuah hab kripto setelah OKX termasuk Huobi baru-baru ini turut disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat