Selamat Tinggal Dunia Kripto, Ant Group Nak Fokus AI Pula!

1,502

“Hmm nampaknya banyak firma dah tak berminat dengan kripto, tapi sebab apa?”

Sebuah gergasi teknologi kewangan China diasaskan oleh Jack Ma, Ant Group berundur daripada menyertai pasaran mata wang kripto yang tidak menentu dengan menarik keluar pelaburan bernilai $100 juta dalam A&T Capital.

Langkah mengejutkan itu berlaku selepas rakan pengasas A&T, Yu Jun meletakkan jawatannya yang kemudiannya disiasat susulan salah saku di tempat kerjanya ketika berkhidmat sebagai eksekutif di firma tersebut.

Diasaskan pada tahun 2021, A&T Capital telah menjadi pemain utama dalam pasaran kripto setelah melabur dalam beberapa syarikat startups seperti pemberi pinjaman aset digital Matrixport dan pembuat software Ethereum (ETH) ConsenSys.

Namun, Ant Group berundur daripada pelaburan $100 juta itu apabila landskap pembiayaan teroka kripto didapati merudum secara drastik manakala pembiayaan startup aset digital pula merosot ke paras terendah sejak tahun 2020.

Laporan yang menyuramkan itu menyebabkan masa depan A&T Capital tidak menentu berikutan ketidakpastian sama ada mereka memerlukan pelabur baharu atau dapat meneruskan operasinya tanpa sebarang rintangan.

Pun begitu, Ant Group yang mengambil langkah ke belakang dalam kripto dilaporkan mengalihkan sasaran kemajuannya daripada aset digital kepada artificial intelligence (AI).

Hal ini kerana Ant Group pada 8 September 2023 telah melancarkan model AI kewangan serta memulakan ujian untuk aplikasi tersebut, di mana lebih 130 syarikat lain di China turut memperkenalkan model serupa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat