Selamat Tinggal Terra (LUNA)! Bursa Kripto Bitrue Ambil Langkah Drastik

4,323

Harga Terra (LUNA) telah jatuh lebih 99% dalam masa sehari. Ia adalah salah satu daripada 10 mata wang kripto teratas, tetapi kini berada di kedudukan ke 298. Modal pasarannya juga telah jatuh hampir 98% yang kini hanya tinggal $71,646,201. Kejatuhan harga dalam minggu ini telah menjadi mimpi ngeri buat ramai pelabur, dengan sekelip mata pelaburan yang dilaburkan lenyap.

Di media sosial, LUNA menjadi berita hangat. Ramai yang sedang memperkatakan tentangnya dan membuat spekulasi. Tidak itu sahaja, ia juga menghadirkan tanda tanya apakah masih ada harapan. Spekulasi kekal tumbuh sekitar Terraform Labs, yang difahami sedang berunding untuk menghidupkan kembali LUNA agar ia kembali ke landasan. Waima begitu, pelaburan kripto adalah yang berisiko tinggu, dan pasaran berisiko kini sedang berhadapan dengan episod yang sukar.

Para pelabur dan pemain pasaran kini lebih memilih untuk melabur dalam pasaran yang selamat dan berisiko rendah. Dengan peningkatan kadar faedah di A.S, pelabur lebih cenderung untuk memindahkan pelaburan mereka di pasaran bon.

Pasaran adalah tidak menentu buat masa ini, terkesan dengan konflik peperangan, isu rantaian bekalan dan isu inflasi. Pasaran kripto tidak terkecuali. LUNA malah lebih malang berhadapan dengan keruntuhan mekanisma mereka apabila sandaran US dolar mula pecah. Ketika penulisan harga LUNA telah jatuh ke paras harga $0.01882. Kejatuhan besar ini membuatkan bursa kripto terpaksa menyelamatkan diri mereka, beberapa bursa mula menyekat pengeluaran dan kemasukan kripto LUNA dalam bursa mereka.

Bitrue antara bursa kripto mengumumkan langkah lebih drastik dengan tidak lagi menyokong LUNA & MIR. Dalam pengumuman terbaru, dagangan spot bagi pair ini akan dilenyapkan pada keesokan hari UTC 03:00;

5.12_LUNA_MIR_Down.jpg

– LUNA/BTR

– LUNA/BTC

– LUNA/ADA

– LUNA/UST

– MIR/XRP

– MIR/ADA

– MIR/UST

Bukan itu sahaja dagangan future juga telah dibekukan. Selain Bitrue, beberapa bursa lain turut mengambil langkah yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat