Penggubal Dasar Terpaksa ‘Berputih Mata’, Data Inflasi PPI Pada April Tetap Membimbangkan!

538

Data indeks harga pengeluar dilaporkan tetap tinggi pada bulan April. Indeks ini dijadikan sebahagian pengukur inflasi dan ia membawa indikasi bahawa masalah inflasi kekal parah dan terus mempengaruhi ekonomi Amerika Syarikat.

Indeks Harga Pengeluar (IHP/PPI) yang mengukur jumlah perolehan pengeluar untuk mereka pada awal jualan, dilaporkan berkurangan 0.5% pada bulan tersebut dan akhirnya membawa kepada bacaan 11% setahun. Data bulan April hanya menurun sedikit daripada rekod yang dicatatkan pada bulan Mac iaitu dari 11.5%. Para pakar eknomi yang ditinjau oleh Dow Jones menjangkakan pengurangan yang sama iaitu 0.5%. Tidak termasuk perkhidmatan makanan, tenaga dan perdagangan, PPI teras meningkat sebanyak 0.4% pada bulan April  dan 6.9% daripada setahun lalu namun merosot daripada 7.1% bulan Mac.

Data penting ini dikeluarkan selepas sehari Biro Statistik Buruh melaporkan bahawa harga pengguna untuk barangan dan perkhidmatan di pasaran meningkat 8.3% daripada setahun lalu, turun daripada 8.5% pada bulan Mac walaubagaimanapun masih menunjukkan inflasi terburuk yang pernah dilihat oleh A.S. sejak awal 1980-an.

Laporan ekonomi berasingan Khamis menunjukkan bahawa tuntutan pengangguran berjumlah 203,000 untuk minggu berakhir 7 Mei, peningkatan 1,000 daripada tempoh sebelumnya. Namun begitu tuntutan berterusan dilaporkan jatuh sebanyak 44,000 kepada 1.343 juta, paras terendah sejak 3 Januari 1970.

Walaupun berita itu sebahagian besarnya baik untuk pasaran pekerjaan tetapi inflasi masih terus mengganggu penggubal dasar dalam mengatur ekonomi dan juga memberi ancaman kepada pertumbuhan ekonomi. Pesiden Joe Biden pada minggu ini telah bercakap beberapa kali mengenai kenaikan harga yang semakin meningkat semasa pentadbirannya dan mengemukakan beberapa cadangan untuk menangani masalah itu.

Gas dan barangan runcit menjadi faktor utama yang mendorong lonjakan inflasi dengan kenaikan harga masing-masing naik naik 1.7% dan 1.5% pada bulan April. Begitu juga dengan harga kereta yang meningkat 0.8%.

Pasaran kini terus memberi tumpuan terhadap bagaimana para penggubal dasar untuk menangani masalah inflasi yang kian membimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat