Sentimen Perniagaan Kecil Semakin Membimbangkan! Apa Yang Sedang Berlaku?

746

Keyakinan perniagaan kecil di Amerika Syarikat dilaporkan merosot pada November ke tahap terendah dalam tempoh enam bulan, ditambah pula oleh faktor kesukaran berterusan dalam mendapatkan pekerja mahir dan kebimbangan terhadap inflasi.

National Federation of Independent Business (NFIB) mengumumkan bahawa indeks optimism perniagaan kecilnya turun kepada 90.6 bulan lalu daripada 90.7 pada Oktober. Indeks tersebut kekal di bawah purata 50 tahunannya iaitu bacaan 98 untuk bulan ke-23 berturut-turut.

Sikap optimis telah menurun sejak indikasi itu mencapai puncaknya pada tahun ini iaitu pada bulan Julai apabila sektor perniagaan melaporkan kesukaran untuk mendapatkan perkerja mahir dan berhadapan dengan inflasi.

Walaupun kesukaran mengisi jawatan yang terbuka masih berterusan, peratusan perniagaan yang menggambarkan sedikit atau tiada pemohon pekerjaan yang berkelayakan turun kepada 50%, terendah sejak Januari 2021. Penurunan ini membawa indikasi di bawah purata kira-kira 52 dalam dua tahun sebelum pandemik covid-19.

Sebilangan pemilik juga melaporkan kesukaran mengisi jawatan yang terbuka, dengan angka itu turun tiga mata dari Oktober kepada 40%. Ini berlaku walaupun kadar pengambilan pekerja semasa masih lemah.

“Peratus bersih perusahaan NFIB yang menambah pekerjaan telah menjadi negatif sejak Mac, dengan lebih banyak perusahaan mengurangkan pekerjaan daripada menambahnya,” lapor laporan tersebut. “Peluang pekerjaan tetap tinggi, tetapi lonjakan dalam ekonomi tidak membawa gelombang pekerja yang kuat untuk mengisi jawatan terbuka.”

Apabila Federal Reserve hampir menamatkan kitaran kenaikan kadar faedahnya, 25% pemilik yang ditemubual membayar kadar lebih tinggi pada pinjaman terkini mereka, turun tiga mata dari Oktober. Unjuran terhadap keadaan sektor perniagaan juga telah terjejas oleh ketidakpastian ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat