Sentimen Risk-On Punca USD Tersungkur Di Awal Minggu!

319

Pembukaan dagangan awal minggu ini dihiasi dengan berita baik dari China yang mendorong mata wang utama didagangkan lebih tinggi, manakala US dolar pula merosot.

Terbaharu, Beijing mengumumkan untuk menggugurkan syarat kuarantin bagi ketibaan dari luar negara mulai 8 Januari.

Ini merupakan perubahan dasar yang besar dari China, menandakan langkah pertama ke arah pembukaan sepenuhnya perjalanan dengan seluruh dunia.

Antara mata wang yang mendapat sokongan daripada berita ini adalah mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand yang menokok lebih tinggi pada sesi Asia.

Sementara US dolar pula merosot, menyaksikan indeks dolar dibuka dengan ‘gap’ pada carta harga ketika pembukaan dagangan sesi Asia hari ini.

Ekoran daripada penyusutan US dolar, dagangan euro dan pound turut memanfaatkan peluang ini untuk didagangkan meningkat.

Meskipun begitu, pergerakan mata wang pada sesi ini agak terhad memandangkan kebanyakan bank-bank Asia masih ditutup sempena cuti Krismas.

Dalam pada itu, sentimen pasaran juga bertambah baik berikutan perkembangan terbaharu dari perang Ukraine-Rusia.

Pada hujung minggu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengatakan kesediaannya untuk berunding bagi menamatkan perangnya dengan Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat