Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

1,073

Matawang dollar USD yang berada dalam tekanan ekoran kemerosotan pada hasil pulangan bon AS dilihat semakin menerima bebanan risiko setelah data pekerjaan ADP yang dikeluarkan pada sesi New York semalam mencatatkan angka yang lemah. Pasaran yang menjangkakan bilangan pekerja swasta bertambah sebanyak 195,000 orang namun data menunjukkan hanya 179,000 orang pertambahan. Oleh itu, dilihat matawang USD terus didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain walaupun data PMI tidak termasuk sektor perkilangan (Non-manufacturing) mencatatkan bacaan yang baik namun gagal untuk mengukuhkan semula nilai matawang greenback tersebut. Bacaan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan ini akan memberi petunjuk yang kurang memberangsangkan terhadap data pekerjaan NFP pada malam ini.

Dalam perkembangan lain, matawang Pound Sterling pula mencatatkan sedikit kenaikan pada nilainya berikutan kejatuhan pada matawang USD pada dagangan semalam dan tumpuan pasaran adalah kepada undian Parlimen Britain terhadap perjanjian Brexit Perdana Menteri Theresa May pada minggu hadapan yang terus membuatkan dagangan GBP mendatar dan bergerak lemah.

Berita yang mengejutkan pasaran semalam adalah laporan penahanan ke atas Timbalan Pengerusi dan CFO Huawei, Wanzhou Meng di Kanada untuk dihantar ke Amerika Syarikat. Beliau adalah anak perempuan kepada pengasas syarikat Huawei yang merupakan salah satu syarikat teknologi terbesar di China. Laporan penahanan beliau telah menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan China dan telah diminta untuk dibebaskan segera. Walaupun baru-baru ini telah berlangsung rundingan dan juga telah mewujudkan perjanjian damai sementara, pelabur jelas melihat bahawa Amerika Syarikat tidak akan berlembut dengan China. Kebimbangan terhadap isu global ini telah meningkatkan lagi risiko dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat