Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

342

Sentimen pasaran yang berisiko pada sesi Asia sedikit reda pada pembukaan Eropah hari ini ekoran terdapat komen positif dari Kementerian Perdagangan China mengenai keadaan perundingan perdagangan antara AS-China. Penyebab suasana pasaran global berisiko adalah disebabkan oleh indeks ekuiti Amerika Syarikat merudum dan laporan mengenai penangkapan eksekutif Huawei. Ini sekaligus menimbulkan kebimbangan baru mengenai ketegangan global.

Meng Wanzhou, CFO di Huawei, ditangkap di Kanada kerana didakwa melanggar sekatan Iran. China mengkritik AS dan Kanada untuk penangkapan itu dan menuntut pembebasannya segera. Penangkapan itu datang kurang dari seminggu selepas Presiden A.S., Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping bersetuju untuk mengadakan gencatan perdagangan selama 90 hari.

Dengan tiada data ekonomi utama sehingga pembukaan sesi Amerika, pergerakan matawang dilihat agak terhad buat masa ini kecuali Yen dan Chf. Kedua-dua matawang ini mendapat permintaan yang tinggi atas faktor sentimen pasaran yang dilihat sebagai risk-off. Tumpuan pelabur pada sesi New York akan tertumpu kepada data ekonomi dari Amerika Syarikat iaitu laporan pekerjaan ADP dan data PMI tidak termasuk sektor perkilangan (Non-Manufacturing PMI). Kedua-dua data ini bakal memberi bayangan kepada laporan pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada malam esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat