“Subsidi Bersasar Diesel Bertujuan Untuk Selamatkan Negara” – PM Anwar

302

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Malaysia kekal mempertahankan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel walaupun langkah itu mungkin tidak popular.

Ulasnya lagi, isu itu telah dibincangkan selama bertahun-tahun oleh beberapa perdana menteri sebelum ini dan beliau tekad untuk melaksanakan inisiatif tersebut di bawah pemerintahannya.

Pelaksanaan pemotongan subsidi adalah satu keputusan yang bukan mudah untuk ditetapkan. Kebanyakan ahli politik biasanya akan mempertimbangkan kesan pengaruh terhadap masyarakat sebelum memperkenalkan dasar tersebut.

Namun, dalam kes rasionalisasi subsidi dan kenaikan cukai bakal menunjukkan impak besar kepada pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.

Semasa ucapannya itu, Anwar turut menekannya pelaksanaan subsidi bersasar diesel akan terus dimanfaatkan oleh majoriti besar rakyat yang berpendapatan rendah. Manakala, golongan kaya dan warga asing tidak akan dapat manfaat subsidi itu.

Wang yang diperoleh daripada dasar rasionalisasi tidak akan digunakan untuk meningkatkan elaun menteri. Ia akan disalurkan semula kepada rakyat dari segi subsidi dan bantuan tunai.

Pada 2008, perbezaan harga minyak di Arab Saudi sekitar 50 sen dan Malaysia pula pada RM1.50. Kini, harganya di Malaysia sekitar RM2.05 dan di sana dalam lingkungan RM2.95.

Anwar mempersoalkan tindakan pembangkang yang mengaitkan ucapannya pada 2008 berkenaan sekiranya beliau menang pilihan raya pada tahun itu, harga minyak akan turun.

Kenyataannya itu turut menyelit tiga langkah utama kerajaan seperti pelarasan tarif elektrik, apungan harga ayam dan pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Langkah ini akan menyaksikan penjimatan kira-kira RM10 bilion setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat