Tak Jadi $1 Bilion, Binance Nak Dana Kripto Ganda Kepada $2 Bilion!

300

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) dilaporkan telah menubuhkan dana pemulihan bagi menyokong syarikat yang menghadapi rintangan seperti krisis FTX yang berlaku baru-baru ini.

Oleh demikian, Binance bertindak menggandakan rancangan pengumpulan dananya daripada $1 bilion kepada $2 bilion.

Namun perlu diingatkan bahawa CZ dan co-investor telah bergabung dalam mewujudkan dana pemulihan kripto untuk membantu sebarang projek berkaitan aset digital yang mengalami masalah kecairan.

Malah, Polygon Ventures, Jump Crypto, Animoca Brands, Aptos Labs, Kronos, GSR dan Brooker Group telah bersepakat untuk mengumpul $50 juta manakala Binance belum menetapkan lagi jumlah sumbangannya tetapi dianggarkan lebih banyak berbanding syarikat lain.

Sungguhpun Binance berhasrat mengukuhkan lagi pasaran kripto, kenyataan di akaun Twitter miliknya telah mencetuskan persoalan dalam kalangan pelabur ekoran peristiwa FTX yang terjadi.

Rentetan itu, penggubal undang-undang dari Parlimen United Kingdom (UK) telah mengarahkan CZ menjelaskan dengan terperinci berkaitan kandungan tweet yang dikemukakan beliau yang mampu memberi kesan negatif kepada FTX.

Difahamkan bahawa CZ telah membandingkan token milik FTX, FTT dengan token Luna yang sudah mengalami keruntuhan dan mengakibatkan harga FTT terus menyusut 13.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat