Tidak Pandang BTC, Trader Sekarang Lebih Minat 3 Altcoin Ini!

1,210

“Hmm mungkin trader lagi suka projek kripto kecil ini sebab boleh dapat untung pantas kot.”

Perbincangan tentang Bitcoin (BTC) di kalangan pelabur mata wang kripto telah semakin merudum apabila mereka lebih berminat memberi tumpuan pada beberapa altcoin yang membangunkan projek aset digital lebih kecil.

Antaranya ialah platform aplikasi decentralized Loom Network (LOOM), protokol pinjaman decentralized Cream Finance (CREAM) dan blockchain Solar (SXP) yang berjaya menyaksikan lonjakan ketara dalam perbincangannya.

Bukan itu sahaja, harga ketiga-tiga aset digital tersebut yang menjana berjuta-juta dolar dalam modal pasaran turut melihat kenaikan apabila LOOM didapati mencanak lebih 144% manakala CREAM dan SXP pula masing-masing raih 65% serta 2.5%.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa LOOM akhirnya dapat melepasi $0.13 daripada $0.055 pada 21 September 2023, kemudian CREAM berada pada $18.84 diikuti dengan SXP yang kini didagangkan pada paras $0.27.

Beberapa altcoin seperti Frontier (FRONT), Immutable (IMX) dan Chainlink (LINK) juga dapat mengatasi prestasi pasaran kripto, di mana LINK merupakan antara aset digital terbaik pada September 2023 susulan harganya sudah cecah lebih $7 daripada $5.75.

Namun, BTC nampaknya berada dalam keadaan tidak menentu apabila kecairan jumlah dagangannya mula berkurangan ditambah pula sejumlah kecil aset digital itu telah beredar di bursa kripto sejak suku pertama 2023.

Dilaporkan, kecairan pasaran yang makin berkurangan adalah antara faktor utama yang menyekat pertumbuhan harga BTC sehingga menyebabkan jumlah dagangan spot dan derivatifnya menjunam secara ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat