Tiga Faktor Menghalang Kenaikan Harga Minyak Ketika Ini

92

Harga minyak sedikit menyusut di awal dagangan hari Khamis, ditekan oleh peningkatan bekalan minyak US serta dolar yang semakin kukuh, yang mana berpotensi mengurangkan penggunaan minyak di negara-negara lain berikutan harga minyak yang diproses akan menjadi lebih mahal.

Minyak Brent yang menjadi tanda aras minyak antarabangasa, berada pada paras $56.12 per tong pada jam 2 petang, jatuh 12 sen atau 0.21% daripada penutupan harga sesi lalu.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula susut 7 sen kepada $50.63, kekal di atas $50 sejak Khamis lepas.

3 Faktor Menghalang Harga Minyak Naik Lebih Tinggi

Para pelabur mengatakan dolar yang mengukuh menekan harga Brent, semetara bekalan dan pengeluaran minyak mentah yang meningkat di US menekan WTI.

Inventori minyak US meningkat tiga minggu berturut-turut, melaporkan penambahan 4.6 juta tong pada minggu yang berakhir pada 15 September lalu, kepada jumlah 472.93 juta tong.

Selain itu, pengeluaran minyak US juga semakin pulih daripada penutupan akibat taufan Harvey yang lalu. Meningkat kepada 9.51 juta tong sehari (bdp) berbanding 8.78 juta bdp pada minggu yang sebelumnya.

Jangkaan Pasaran Di Masa Hadapan?

Walau bagaimanapun, permintaan minyak mentah Amerika dijangka akan meningkat sekiranya OPEC/non OPEC berjaya melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran dengan tujuan mengurangkan bekalan dunia sekali gus menolak harga lebih tinggi.

OPEC akan mengadakan mesyuarat kali ke-173 di Vienna pada 30 November tahun ini.

OPEC dan sebahagian non-OPEC berjanji untuk menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta bdp bermula Januari sehingga Mac 2018. Namun disebabkan oleh pengecualian dua ahli OPEC, Nigeria dan Libya, bekalan pada pasaran minyak kekal tinggi, menyebabkan perlunya kepada lanjutan tempoh pemotongan pengeluaran minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat