Trader Lega, GBP Kembali Melonjak!

522

Kenyataan Gabenor Bank of England (BOE) telah mendorong lonjakan buat matawang pound ketika pasaran memasuki sesi Eropah, dengan US dolar mula memaparkan sedikit penyusutan.

Bagaimanapun, peningkatan hasil perbendaharaan 10 tahun AS di paras tertinggi 10 bulan masih menyokong dolar greenback daripada susut lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama.

Dalam satu kenyataan beliau pada awal sesi Eropah, Bailey meredakan sedikit kebimbangan pasaran terhadap perlaksanaan kadar faedah negatif dengan menyebutnya sebagai ‘kontroversi’ dan mempunyai banyak masalah.

Tambah beliau lagi, prospek terhadap kadar faedah adalah bergantung kepada pertumbuhan produktiviti negara.

Namun, ini bukanlah kali pertama bank pusat mengeluarkan kenyataan seperti ini memandangkan mereka mahu meminumkan jangkaan pasaran untuk perlaksanaan kadar faedah di bawah sifar.

Sekiranya ekonomi menjadi lebih teruk dalam beberapa bulan akan datang, mungkin mereka akan mula mempertimbangkan semula untuk menggunakan kadar faedah negatif.

Selain itu, Bailey turut mengatakan bahawa peningkatan semula kes Covid-19 baru-baru ini telah meletakkan ekonomi Britan dalam tempoh yang sangat sukar yang akan menyebabkan pemulihan ditangguh.

Walau bagaimanapun, beliau juga berpandangan bahawa impak sekatan coronavirus terbaru ke atas ekonomi dilihat kurang teruk daripada musim bunga tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat