Analisis GOLD – Faktor Ini Beri Potensi Emas Meningkat Semula

1,053

Dagangan emas mula menunjukkan corak kenaikan harga pada sesi Eropah hari ini selepas US dolar kembali bergerak susut semula dalam pasaran.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar sebelum ini telah menunjukkan penurunan ketara sejak minggu lalu berikutan pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar.

Namun dengan laporan terbaru berkenaan bakal Presiden AS Joe Biden yang akan mengemukakan cadangan untuk rangsangan ekonomi lebih besar pada Khamis ini kembali mendorong pemulihan sentimen pasaran.

Pelabur mula memberi reaksi terhadap faktor tersebut dengan jangkaan untuk pemulihan ekonomi oleh pakej yang akan dilaksanakan telah membuat kesan penyusutan nilai US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Harga pada awal sesi Asia semalam turun mencecah paras sokongan pada sekitar 1817.00 sebelum harga melonjak semula paras rintangan 1850.00.

Namun kenaikan dilihat diteruskan pada Selasa di atas paras 1850.00 dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD yang menjadi isyarat awal untuk trend bullish semula.

Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju paras rintangan tumpuan pada 1875.00 sebelum menuju ke paras penting 1900.00 pula.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras sokongan yang dicecah harga semalam akan diuji sekali lagi untuk mencatatkan paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat