Twitter Kena Saman Lebih RM 2 Juta!

138

Menurut sebuah laporan, Twitter Inc telah berhadapan dengan tuntutan undang-undang oleh negara Kesatuan Eropah (EU) yang menuntut sekitar 450.000 euro ($ 547.000) atau sekitar 2 Juta Ringgit berikutan pelanggaran undang peraturan Umum Perlindungan Data (General Data Protection Regulation,GDPR)

Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland telah mengenakan denda kepada Twitter pada hari Selasa dan ini merupakan kali pertama syarikat teknologi A.S itu berhadapan dengan penalti kewangan. Denda ini dikenakan di bawah undang-undang GDPR.

GDPR (Peraturan Perlindungan Data Umum) merupakan peraturan Kesatuan Eropah terhadap perlindungan dan privasi data untuk semua individu di dalam kawasan EU. Tujuan utama GDPR adalah untuk memberikan kawalan kepada rakyat dan penduduk terhadap data peribadi mereka dan memudahkan persekitaran kawal selia untuk perniagaan antarabangsa dengan menyatukan peraturan di dalam EU.

Hasil siasatan mendapati Twitter telah melanggar undang-undang di bawah akta artikel 33(1) dan 33(5) kerana gagal memberi maklum balas mengenai masalah yang dihadapi dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan gagal untuk mendokumentasikan penjelasan mengenai isu yang dilanggar.

Damien Kieran yang merupakan pengurus bahagian perlindungan data mengakui akan kesalahan tersebut dan menyatakan akan komited sepenuh untuk melindungi privasi dan data pelanggan termasuk memaklumkan kepada pelanggan jika terdapat isu yang timbul.

Menurut penganalisis, sesebuah syarikat boleh dikenakan denda sehingga jumlah sebanyak 4% dari pendapatan tahunan global iaitu sehingga $138 juta. kerana melanggar GDPR.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat