Ucapan ‘Power’ Powell Akan Dorong EUR/USD Turun Lebih Rendah

632

Tumpuan pasaran terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC Federal Reserve (Fed) pada awal pagi ini dengan kadar faedah masih dikekalkan di paras 0.25% seperti yang dijangkakan.

Dalam ucapan susulan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell, beliau memberikan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Unjuran pertumbuhan ekonomi terbaru adalah menguncup kepada 3.7%, lebih baik berbanding unjuran pada Ogos iaitu pada 6.5%. Kadar pengangguran juga diramalkan menurun kepada 7.6% sehingga penghujung tahun.

Jika diperhatikan pada carta harga bagi pasangan matawang utama EUR/USD, harga telah membuat penurunan pada awal sesi New York di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Selepas keputusan kadar faedah dikekalkan oleh Fed, dapat dilihat US dolar melemah dengan kenaikan harga cuba mencapai paras halangan MA50 semula.

Namun, harga kembali menjunam selepas pengukuhan semula US dolar menekan harga ke paras support 1.18000 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit tinggi dari paras tersebut.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat meneruskan penurunan pada awal sesi melepasi zon RBS (resistance become support) 1.18000-1.17800 dan menguji paras terendah minggu lalu.

Dengan jangkaan US dolar akan terus mengukuh, pergerakan lebih rendah dijangka akan turun di bawah paras sokongan 1.17200.

Jika kenaikan harga berlaku pula, zon tumpuan 1.18000 akan kembali diuji sebelum harga menguji pula paras halangan MA50 untuk memberikan petunjuk perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju ke paras halangan 1.19000 pada zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat