US Dolar Kukuh Sementara Matawang Pound Kekal Berisiko

307

Dolar Amerika terus diniagakan tinggi berbanding yen pada sesi Asia, dengan pengukuhan USD membataskan pergerakan matawang safe-haven yen yang turut memperoleh manfaat daripada kelemahan pound susulan ketidakpastian Brexit.

Kelemahan matawang pound telah menyokong pengukuhan USD untuk diniagakan tinggi berbanding enam matawang utama dengan indeks dolar meningkat kepada $97.27.

Sementara itu, dua speaker Federal Reserve (Fed) iaitu Eric S. Rosengren dan Robert Kaplan memberitahu dalam ucapan mereka bahawa tiada perubahan dalam kadar faedah diperlukan setakat ini kecuali terdapat perubahan material dalam ekonomi.

Bagaimanapun berbeza pula dengan Presiden AS Donald Trump, yang menggesa supaya Fed menurunkan kadar faedah kerana nilai US dolar sangat kuat berbanding matawang lain dan hampir tidak ada inflasi, malah ia baik untuk eksport.

Kebimbangan terhadap no-deal Brexit kembali menghantui pasaran selepas PM UK Boris Johnson bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan Brexit yang menjadikannya mustahil untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Disember 2020.

Matawang pound mengalami kejatuhan sebanyak 1.6% berbanding USD iaitu yang paling teruk dalam tempoh setahun dan kembali menghapuskan keuntungan yang diraihnya semasa keputusan pilihan raya diumumkan pada minggu lalu.

Pada sesi Asia, euro menyusut berbanding US dolar yang mengukuh, manakala berbanding pound, dolar euro kembali diniagakan meningkat dengan kenaikan 1.8%.

Sentimen perniagaan Jerman tinjauan Ifo yang akan diterbitkan pada petang ini, bersama-sama ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde turut menjadi tumpuan pasaran.

Perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan Eropah kini turut menjadi tumpuan, terutamanya apabila wakil perunding perdagangan AS, Robert Lighthizer menyifatkannya sebagai keutamaan buat Washington.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand diniagakan lemah, di mana dolar Aussie masih menerima tekanan daripada minit mesyuarat Reserve Bank of Australia semalam yang menunjukkan kemungkinan terhadap pelonggaran monetari akan berlaku pada Februari 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat