Risiko No Deal Meningkat – Matawang Pound Susut Melebihi 1%!

426

Matawang pound jatuh melebihi daripada 1% pada hari Selasa selepas laporan melaporkan bahawa kerajaan UK akan membuat klausa yang mengharamkan penangguhan tempoh pasca-Brexit dan hal ini secara tidak langsung telah menghadkan tempoh masa rundingan perdagangan untuk dipersetujui dengan Kesatuan Eropah (EU).

Media tempatan melaporkan pada awal hari Selasa bahawa Johnson akan membuat penambahan penilaian kembali ke atas bil Brexit (sebelum ini dikenali sebagai Withdrawal Agreement Bill) dimana undang-undang tersebut akan secara jelas akan menolak sebarang pelanjutan tempoh peralihan yang melebihi Disember 2020. UK dijangka akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Januari 2020.

Jika klausa tersebut diimplimentasikan maka kini hanya berbaki 11 bulan agar rundingan perdagangan dengan EU dimenterai. Ramai pemain pasaran yang berpendapat bahawa masa tersebut adalah tidak mencukupi.

Matawang GBP jatuh melebihi 1% dan kini menyusut hampir 1.40% berbanding matawang US dolar setakat jam 12.10 a.m.

Disisi lain, Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.14% pada paras 96.718 setakat jam 12.15 a.m.

Pengeluaran sektor pembuatan A.S mencatat peningkatan lebih daripada jangkaan pada bulan November dengan bacaan 1.1% kenaikan.

Dalam masa yang sama, Presiden A.S Donald Trump sekali lagi menyeru agar the Fed mengurangkan kadar faedah bagi menjana perumbuhan eksport.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat