US Dolar Mencatat Pengukuhan, Harga Minyak Dan Emas Jatuh – Sesi Asia

56

Forex

US dolar mencatat peningkatan sedikit dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setelah mengalami kejatuhan semalaman.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sedikit sebanyak 0.01% kepada 92.85 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setakat jam 09.50 a.m.

  • Turun naik matawang US dolar dipengaruhi jumlah dagangan yang masih rendah berikutan banyak institusi kewangan yang masiih tutup disebabkan cuti Raya Krismas.

Matawang US dolar mengukuh berbanding yen sebanyak 0.04% kepada 113.28.

  • Pada hari selasa matawang yen mencatat peningkatan berbanding US dolar berikutan data ekonomi yang positif apabila perbelanjaan isirumah naik 1.7% setahun pada bulan November. Kadar inflasi juga naik melebihi jangkaan iaitu naik 0.6%

Minyak

Harga minyak meningkat pada awal pagi dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu sebelum mencatat kejatuhan.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.48% kepada $59.68 setakat jam 09.50 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.27% kepada $66.08 setong setakat jam 09.50 a.m.

Peningkatan harga minyak pada awal bagi adalah didorong oleh faktor berikut;

  • Kerosakan saluran minyak utama Libya akibat berlakunya letupan. Kerosakan saluran minyak tersebut menyebabkan pengeluaran minyak jatuh sebanyak 90,000 ribu tong setiap hari.
  • Selain itu, turut mendorong peningkatan harga minyak ialah sikap optimis pasaran terhadap perjanjian pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC selepas menteri minyak Iraq, Jabar al-Luaibi mengeluarkan kenyataan bahawa permintaan dan penawaran akan stabil pada suku tahun pertama 2018.

Emas

Harga emas melonjak naik pada awal pagi sebelum mengalami turun naik dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu berikutan kelemahan matawang US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.04% pada hari Rabu kepada $1,287.00 setakat jam 09.50 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat