USD/CAD Bangkit Semula Selepas Mendatar Di Paras $1.2600

467

Pasaran minyak mentah dilihat kembali pulih dengan harga emas hitam itu meningkat susulan perkembangan laporan positif dari China.

China yang merupakan antara negara pengguna terbesar minyak di dunia dilaporkan telah membuka lebih banyak sekatan pergerakan susulan penurunan pada kes jangkitan Covid-19.

Jangkaan untuk permintaan bahan bakar yang akan meningkat semula dilihat akan menyokong pengukuhan mata wang dolar Kanada berikutan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Namun jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga telah mencatatkan peningkatan semula pada dagangan Khamis semalam selepas pergerakan mendatar harga dipaparkan.

Situasi ini adalah disebabkan oleh pengukuhan pada nilai US dolar semula selepas para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) kembali optimis terhadap langkah pengetatan polisi bank pusat.

US dolar mula mengukuh pada sesi New York semalam. Namun pelabur mungkin berwaspada ekoran jangkaan kenyataan dovish oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam acara tahunan Jackson Hole akan melemahkan semula US dolar di penghujung dagangan minggu ini.

Pada carta USD/CAD, harga telah menjunam dari awal minggu dan kemudiannya mendatar di paras 1.26000.

Lonjakan semula harga dari paras sokongan tersebut mula memberi isyarat perubahan trend bullish harga selepas kenaikan itu juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Jika kenaikan lebih tinggi diteruskan, paras rintangan terhampir yang dilihat akan diuji harga adalah pada 1.28000 terlebih dahulu.

Sekiranya harga kekal meneruskan kenaikan melepasinya, zon rintangan pada 1.29500 yang dicapai minggu lalu akan kembali diuji sekali lagi.

Namun jika harga kembali menjunam semula, paras sokongan 1.26000 akan dinilai sama ada mampu untuk menyokong harga seperti sebelum ini.

Jika penurunan harga gagal dibendung, harga yang meneruskan penurunan lebih rendah akan menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.25400 dan zon support 1.25000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat