USD/JPY Dah Berhenti Terbang, Harga Bakal Junam Minggu Ini?

380

Corak kenaikan harga yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang USD/JPY dilihat mula terbantut pada penghujung minggu lalu.

Jangkaan untuk harga mencapai paras 139.00 tidak kesampaian apabila harga mula mendatar dan memberikan petanda awal untuk trend bullish sebelumnya itu berakhir.

Sebelum ini, US dolar dilihat mengekalkan pengukuhannya sepanjang minggu lalu dengan beberapa faktor yang diteliti memihak kepada US dolar.

Namun, pada Jumaat lalu tumpuan terarah pada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menghadiri acara perbincangan di Washington.

Dalam kenyataan beliau, situasi semasa dilihat tidak memerlukan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah selepas ini.

Ini telah melenyapkan jangkaan untuk pengetatan dasar diteruskan berdasarkan pandangan yang dilontarkan oleh beberapa Presiden Fed minggu lalu.

Justeru, US dolar dilihat mula berundur dari pengukuhannya dan menyusut pada penutupan dagangan di sesi terakhir.

Jika diteliti juga pada carta USD/JPY, penurunan harga pada Jumaat lalu turut memperlihatkan harga yang mula bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat awal perubahan trend bearish.

Harga yang berlegar di sekitar 138.00 pada pembukaan awal minggu ini berkemungkinan akan turun menjejaki zon tumpuan 137.00 yang akan bertindak sebagai zon support sementara.

Sekiranya zon tersebut berjaya melantunkan semula harga, halangan MA50 akan diuji kembali dan jika ditembusi barulah kenaikan akan diteruskan ke paras lebih tinggi.

Melepasi ketinggian dicapai minggu lalu akan menjangkakan harga menguji zon rintangan pada 139.300.

Namun jika harga jatuh lebih rendah setelah menembusi zon 137.00, harga boleh mencecah sehingga ke paras 135.00 di mana pernah menjadi kawasan tumpuan harga beberapa minggu lalu.

Susut lebih rendah akan menjangkakan harga menuju zon support pada 133.800.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat