USD/JPY – Harga Bertenggek Pada ¥135.00, Malam Ini Mungkin Buat Kejutan

139

Berbanding pergerakan menurun harga minggu lalu, carta pasangan mata wang USD/JPY pada minggu ini dilihat lebih memaparkan pergerakan mendatar ketika pasaran menantikan terbitan data ekonomi penting.

Mata wang US dolar dan Yen dilihat didagangkan agak setara di awal minggu, namun situasi dijangka bakal berubah setelah data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.

Jika dilihat perbandingan harga minggu lalu, harga telah menjunam dari paras ketinggian 137.700 hingga mencecah 133.500.

Namun setelah meningkat semula sedikit, pergerakan harga sejak awal minggu hingga hari ini (Rabu) mendatar di zon 135.000.

Pelabur melihat terdapat isyarat awal untuk pergerakan bullish dengan harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut, namun data inflasi AS dinantikan terlebih dahulu.

Sekiranya harga berjaya dipacu naik menjauh dari zon 135.000, kenaikan berkemungkinan mampu mencapai semula zon 137.000 seperti minggu sebelum ini.

Paras ketinggian 137.700 menanti untuk dicabar lagi oleh harga sebelum rekod ketinggian terbaru berjaya dicatatkan lagi.

Namun sebaliknya pula jika harga menjunam di bawah zon 135.00 dan menembusi paras sokongan MA50 yang akan menjadi indikasi awal untuk harga menyambung pergerakan bearish.

Penurunan akan kembali dilihat menuju zon sokongan yang dicecah minggu lalu pada 133.500.

Jika zon tersebut gagal melantunkan kembali harga, penurunan bakal diteruskan ke paras terendah yang baru dengan sasaran menuju hingga 132.000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat