USD OK Tak? Malam Ini Ada 3 Data Penting Menanti!

1,098

US dolar terus menjadi tumpuan pelabur pada hari Khamis walaupun selepas gagal memberi reaksi ketara terhadap data inflasi pengguna (CPI) Amerika Syarikat.

Sesi New York akan datang bakal dihiasi dengan penerbitan data inflasi pengeluar (PPI), tuntutan pengangguran jualan runcit AS yang mungkin boleh menjadi penggerak kepada raja mata wang itu.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar didagangkan stabil pada sekitar paras tertinggi tiga bulan pada 104.70.

Selain US dolar, euro turut menjadi fokus pasaran menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) malam ini yang dijangkakan secara meluas akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Pasaran sesi Eropah melihatkan mata wang euro kekal didagangkan mendatar, dengan harga terus berlegar pada sekitar paras 1.0730 berbanding greenback.

Kenyataan susulan Presiden ECB Christine Lagarde akan menjadi sangat penting buat pelabur untuk dijadikan petunjuk kepada hala tuju dasar seterusnya.

Dalam pada itu, mata wang pound terus berlegar pada paras terendah tiga bulan berbanding greenback di tengah-tengah ekonomi UK yang lemah.

Sementara itu, dolar Aussie melonjak ke paras tertinggi satu minggu susulan data pekerjaan Australia yang lebih kukuh, sebelum kembali memadamkan keuntungannya pada sesi Eropah.

Yen pula didagangkan sedikit berubah pada sekitar paras terlemah satu bulan ketika pasaran terus menantikan langkah campur tangan daripada Bank of Japan (BOJ).

Dolar Kanada pula kekal mempertahankan pengukuhan di paras tertinggi dua minggu berbanding greenback, dengan sokongan harga minyak yang terus menguat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat