USD Terus Pamer Penyusutan! Pelabur Mula Waspada

658

Pelabur pada sesi Eropah menyaksikan pemulihan berterusan dipamerkan beberapa matawang utama yang kembali bangkit dari kejatuhan pada awal minggu.

Isu mengenai Evergrande dilihat telah mula mereda, tetapi masih memberi tekanan buat dagangan matawang yuan untuk terus didagangkan lebih rendah.

China masih bercuti pada hari ini, menyebabkan semua mata kini tertumpu pada pertemuan People’s Bank of China (PBOC) pada hari Rabu bagi melihat langkah yang akan diambil untuk menangani isu Evergrande.

US dolar pula terus menyusut, tetapi tidak jauh meninggalkan paras ketinggian satu bulan yang dicapainya sebelum ini. Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan sedikit susut pada 93.18.

Federal Reserve (Fed) akan memulakan mesyuarat polisi selama dua hari pada Selasa, dengan keputusannya akan dikeluarkan pada Rabu (awal pagi Khamis waktu Malaysia).

Hal ini menyebabkan pelabur mula mengambil langkah berhati-hati menjelang mesyuarat yang menjadi fokus utama pasaran minggu ini.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi memanfaatkan kemerosotan US dolar untuk kembali bangkit dari paras terendah yang dicatatkan sebelum ini. Walaupun minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) menunjukkan kadar faedah dan rangsangan lain akan kekal lebih lama tetapi dolar Aussie mengabaikan pandangan dovish tersebut.

Dolar New Zealand juga hanya memberi sedikit reaksi pada kenyataan Penolong Gabenor bank pusat, Christian Hawkesby yang mengatakan kadar faedah mungkkin akan kekal atau naik 25 mata asas sahaja berbanding pertimbangan awal untuk kenaikan sebanyak 50 mata asas.

Sementara itu, matawang euro pula tidak banyak berubah dengan kekal didagangkan di sekitar 1.17300 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat