Ini Antara Saham Pamer Prestasi Cemerlang Rekodkan ATH Terbaharu

451

Harga saham Eurospan Holdings Bhd ‘meroket’ 16.05% atau 26 sen kepada RM1.62 pada sesi dagangan hari ini dan sekali gus mencapai paras ketinggan sepanjang masa (ATH) yang terbaharu.

Namun setakat 4.21 petang, kaunter itu kekal menokok 9.56% kepada RM1.49 dengan memiliki permodalan pasaran bernilai RM66.19 juta.

Syarikat pembuatan perabot itu juga mempunyai modal saham terbitan RM52.8 juta yang terdiri daripada 44.42 juta saham dan nilai aset bersih sesaham kekal pada 98.57 sen pada 31 Mei 2021.

Ketua dan pengarah urusan Guan Kok Beng merupakan pemegang saham terbesarnya yang mana ia telah meningkatkan pegangannya pada tahun lalu kepada 23.51 juta saham atau 52.92%.

Menurut laporan, sebanyak 41.67% dipegang melalui TBHL Holdings Sdn Bhd.

Eurospan turut mencatat keuntungan bersih RM3.46 juta atau 7.78 sen sesaham pada tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2021 berbanding kerugian bersih RM2.49 juta tau 5.61 sen sesaham.

Faktor itu berkemungkinan dipengaruhi oleh kadar margin yang bertambah mantap serta peningkatan permintaan produk perabot yang semakin tinggi di pasaran utama.

Manakala pendapatan sepanjang tahun juga mempamerkan kenaikan sebanyak 11.76% kepada RM52.58 juta daripada RM47.05 pada tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat