USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

29

Dollar Yen yang jatuh lebih 87 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥105.55, kembali mendapat sokongan belian pada sesi New York untuk memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar ¥106.68; setelah pasaran Jepun bercuti sempena ‘Golden Holiday’ dan Feds memberi isyarat yang ianya mungkin hanya menaikkan kadar hanya sekali pada tahun ini.

Indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan enam matawang utama, merosot ke paras terendah sejak Januari 2015 selepas laporan menunjukkan aktiviti perkilangan AS berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan April, ekoran tempahan baru dan pengeluaran yang perlahan di tengah-tengah pengurangan berterusan dalam inventori.

Indeks Institut Pengurusan Bekalan untuk aktiviti perkilangan AS susut kepada 50.8 mata pada bulan lepas daripada 51.8 mata pada bulan Mac dan di bawah jangkaan paasaran pada 51.4 mata. Bacaan melebihi 50 memisahkan pengembangan daripada penguncupan dalam sektor perkilangan, yang menyumbang 12 peratus daripada ekonomi Amerika Syarikat. Dollar mencapai paras terendah 18 bulan berbanding Yen, selepas Yen melonjak lebih tinggi terkesan dari keputusan BoJ baru-baru ini.

Seorang trader yang berpangkalan di Singapura berkata, terdapat beberapa pembelian spekulatif Yen dalam keadaan pasaran yang tipis ekoran pasaran Jepun yang ditutup dari hari Selasa hingga Khamis sempena cuti umum. Yen menambah nilai baru-baru ini, melonjak kira-kira 5% berbanding Dollar selepas Bank of Japan menahan daripada memperluaskan rangsangan monetari – kenaikan mingguan terbesar dalam nilai Yen sejak tahun 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat