Weeee! Hot Wheels Lancarkan NFT!

374

Syarikat permainan terbesar dunia, Mattel berjaya melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) “Mattel Creations” yang menampilkan Hot Wheels Garage Siri 4.

Secara konteks, jenama Hot Wheels telah membuktikan prestasinya sebagai permainan yang mempunyai reka bentuk lagenda serta prestasi epik yang kekal berada di pasaran lebih 54 tahun.

Malah, kenderaan Hot Wheels telah dijual lebih daripada 8 juta dan menjadi mainan jualan nombor satu di dunia.

Antara kelebihan utama yang akan diperoleh pembeli NFT tersebut adalah dapat menyaksikan karya seni digital kenderaan paling poling popular Hot Wheels yang rare termasuk memperoleh koleksi berharganya.

Difahamkan bahawa Mattel mampu mempromosikan NFT Hot Wheels susulan beliau bijak menarik pelanggan baharu melalui penajaan acara langsung, pertandingan di seluruh dunia, permainan digital, filem dan rancangan TV.

Terdahulu, koleksi NFT Mattel dengan kerjasama syarikat lain turut mencapai kejayaan, antaranya koleksi Cryptoys x Masters of the Universe dan Barbie x Boss Beauties.

Selain daripada Hot Wheels, Mattel juga mempunyai portfolio jenama ikonik sperti Barbie®, Fisher-Price®, American Girl®, Thomas & Friends®, UNO® dan MEGA®.

Umumnya, NFT merupakan token unik yang mewakili pemilikan ke atas aset tertentu serta memiliki ciri khusus di mana ia dapat mengenalpasti sesuatu perkara pada blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat