Buang USD, Ghana Beli Minyak Guna Emas!

1,235

Pengukuhan dolar Amerika yang menjejaskan nilai mata wang tempatan dan kos sara hidup mendorong Ghana menggunakan emas untuk membeli produk minyak.

Langkah tersebut dikongsikan Naib Presiden Mahamudu Bawumia dalam laman Facebooknya pada Khamis, yang mengatakan kerajaan Ghana sedang mengusahakan dasar baharu untuk melaksanakannya.

Umum mengetahui bahawa kekuatan dolar AS telah menjejaskan negara yang menggunakan dolar sebagai mata wang utama perdagangan.

Ghana pula bergelut dengan rizab mata wang asing semakin berkurangan dan permintaan dolar oleh pengimport minyak yang melemahkan mata wang cedi dan meningkatkan kos sara hidup.

Sekiranya dasar tersebut dilaksanakan mengikut rancangan untuk suku pertama 2023, ia akan secara asasnya mengubah imbangan pembayaran Ghana dan mengurangkan susut nilai mata wang yang berterusan dengan ketara.

Ujar Mahamudu Bawumia, penggunaan emas akan menghalang kadar pertukaran daripada memberi kesan langsung kepada harga bahan api atau utiliti memandangkan penjual domestik tidak lagi memerlukan pertukaran asing untuk mengimport produk minyak.

Ghana kini berdepan risiko yang tinggi dalam masalah hutang dengan susut nilai cedi telah menjejaskan keupayaan untuk menguruskan hutang awamnya

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat