Aik, UK Pun Takut Dengan China?

322

‘Kena jaga-jaga dengan kamera litar tertutup ni terutamanya dalam tandas.’

United Kingdom (UK) kini mengikuti Amerika Syarikat (AS) yang menegakkan isu kebimbangan risiko keselamatan negara terhadap firma Beijing dengan menyekat penggunaan kamera litar tertutup dari China di bangunan kerajaan.

Keputusan itu diserahkan menteri pejabat kabinet, Oliver Dowden kepada Parlimen UK selepas siasatan mengenai risiko keselamatan semasa dan masa depan tentang pemasangan sistem pengawasan visual di bangunan kerajaan dijalankan.

Ulasnya bahawa keputusan siasatan mendapati terdapat risiko ancaman terhadap UK dan peningkatan keupayaan serta ketersambungan sistem pengawasan tersebut, maka kawalan tambahan adalah diperlukan.

Ia menerangkan bahawa semua kamera yang dibuat firma China tertakluk kepada undang-undang keselamatan serta panduan pejabat perlu memutuskan sambungan peranti dari rangkaian komputer teras atau mengalihkan keluar sama sekali.

Siasatan dan keputusan tersebut dicapai beberapa bulan selepas penggubal dasar melarang penjualan atau penggunaan kamera litar tertutup yang dikeluarkan oleh Hikvision dan Dahua, masing-masing firma milik China.

Perkara tersebut pula adalah susulan daripada kebimbangan privasi dan kegusaran mengenai firma-firma itu yang dikatakan terlibat dengan isu hak kemanusiaan di China.

Laporan dari kumpulan penegak hak privasi, Big Brother Watch pada Julai lalu mengesahkan majoriti bangunan kerajaan British menggunakan kamera pengawasan milik Hikvision atau Dahua.

Selain itu, AS juga dikatakan juga menyekat dagangan serta penggunaan kamera buatan kedua-dua firma tersebut.

Dalam pada itu, pejabat Hikvision dan Dahua di UK tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas mahupun reaksi kepada keputusan tersebut setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat