Elon Musk Buka ‘Pintu Pengampunan’ Kepada Akaun Twitter Kontroversi!

214

‘Maksudnya akaun Bob yang kena sekat lepas ni pun boleh aktif balik.’

Berdasarkan keputusan tinjauan yang dibuat pada laman Twitter peribadinya, Elon Musk rancang memberi ‘pengampunan’ kepada akaun-akaun berkontroversi yang digantung.

Meneliti tinjauan, 72.4%  daripada sejumlah 3.16 juta pengguna yang mengambil bahagian bersetuju untuk membenarkan semula mereka yang digantung akaun pada laman media sosial Twitter.

Musk kemudiannya menulis ciapan dengan mengatakan ‘rakyat sudah berkata, maka pengampunan bermula minggu depan’.

Umumnya, sebelum ini Twitter telah menggantung beberapa akaun pengguna yang dianggap kontroversi walaupun ia tidak melanggar sebarang perundangan atau terlibat dengan spam.

Dan sejak pemerolehan Musk sebanyak $44 bilion beberapa bulan lalu, pengguna sudah menjangkakan beberapa akaun kontroversi yang digantung bakal kembali memandangkan jutawan itu merupakan aktivis hak bersuara yang lantang.

Buktinya tampak jelas apabila Musk mengemballikan semula akses akaun milik bekas President Amerika Syarikat (AS), Donald Trump termasuk beberapa individu berkontroversi lain minggu lepas.

Dalam pada itu, Musk turut bercadang untuk menubuhkan majlis penyederhanaan kandungan (content moderation) yang bertujuan menangani pendapatan yang pelbagai pada Twitter.

Ternyata keadaan di Twitter berubah 360 darjah sebaik Musk melengkapkan pembelian dan bertindak memecat beberapa pekerja termasuk eksekutif-eksekutif penting sehingga membawa pendakwaan mahkamah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat