Whales Nak Cabut Lari? 4 Trilion Shiba Inu Didapati Dipindahkan Ke Binance

752

Whale Alert pada hari Jumaat melaporkan bahawa 4 trilion Shiba Inu (SHIB) token bernilai berjuta-juta telah dipindahkan dari Shiba Staking ke bursa pertukaran kripto Binance.

Proses unstaking besar-besaran token Shiba Inu menimbulkan spekulasi dalam pemain pasaran tentang sama ada harga SHIB akan jatuh lebih parah rentetan hal tersebut atau tidak.

Sistem pemantauan ikan paus Whale Alert dalam tweet pada 9 Jun mendedahkan bahawa 4,000,379,151,023 token Shiba Inu (SHIB) bernilai $31,709,005 telah dikeluarkan daripada staking dan dipindahkan ke Binance.

Komuniti Shiba Inu bertindak balas terhadap pemindahan besar-besaran ke Binance, membuat spekulasi berkenaan penurunan harga akan datang. Lazimnya, unstaking berjuta-juta token SHIB adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, trilion SHIB yang dinyahkan dalam satu transaksi menimbulkan ketidakpastian kerana token SHIB boleh dijual di bursa pertukaran.

Komuniti Shiba Inu kini menunggu pelancaran utama Layer-2 blockchain Shibarium, yang dijangka akan dilancar pada akhir tahun ini. Shytoshi Kusama telah membayangkan pelancaran Shibarium tidak lama lagi tetapi kekurangan kemas kini mengenai acara utama memberi kesan kepada harga SHIB dan BONE.

Sementara itu, developers sedang mengusahakan projek lain yang berkaitan termasuk Shiba Inu Metaverse, cold wallet dan SHIB burn.

Harga SHIB turun 7% minggu ini dan 15% dalam sebulan. Harga kini didagangkan pada $0.00000798. Jumlah dagangan telah menurun sebanyak 21% dalam tempoh 24 jam yang lalu, menunjukkan penurunan minat dalam kalangan pelabur.

Sementara itu, harga BONE jatuh 2% dalam tempoh 24 jam yang lalu, dengan harga kini didagangkan pada $0.79. Jumlah dagangan telah menurun sebanyak 21% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Pegangan ikan paus untuk kedua-dua SHIB dan BONE telah berkurangan, tetapi pegangan runcit telah meningkat, berdasarkan data dalam rantaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat