12 Nama Sebenar Jenama Terkenal Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

1,389

Sesebuah perniagaan memerlukan strategi pengiklanan dan pemasaran yang baik bagi menarik perhatian pelanggan untuk meningkatkan jualan sesuatu produk mereka.

Begitu juga dengan nama jenama atau logo yang digunakan.

Jadi, artikel ini akan menceritakan dengan ringkas tentang 12 nama sebenar jenama-jenama terkenal yang mungkin ramai langsung tidak pernah tahu.

Brad’s Drink (Pepsi)

Pepsi merupakan minuman ringan yang diperbuat daripada air karbonat, gula, vanila, minyak khas dan biji kola dahulunya dikenali sebagai Brad’s Drink.

Nama tersebut pada asalnya diambil daripada nama pengasasnya iaitu Caleb Davis Bradham. Selepas menukar nama jenama tersebut kepada Pepsi, barulah minuman tersebut mula mendapat perhatian.

Nama Pepsi itu diambil daripada perkataan dispepsia atau indigestion yang dipercayai boleh merawat penghadaman oleh pengasasnya.

Burbn (Instagram)

IG famous pun belum tentu tahu nama asal IG.

Burbn pada awalnya merupakan sebuah aplikasi penjejak lokasi yang telah diasaskan oleh Kevin Systrom.

Nama Burbn diambil daripada alkohol kegemaran beliau.

Selepas melihat aplikasi tersebut mula digunakan untuk menghantar gambar dan bukannya untuk tujuan asal pembinaan aplikasi itu, Systrom telah menukarkan aplikasi itu menjadi aplikasi untuk perkongsian gambar dan menjadi Instagram.

Backrub (Google)

Larry Page dan Sergey Brin menamakan syarikat mereka berdasarkan cara ia menganalisis backlinks internet untuk menetapkan tahap kerelevanan laman web.

Mereka pada mulanya tidak berpuas hati dengan nama tersebut. Oleh itu, Page telah mengadakan sebuah sesi bersama pelajar lepasan Stanford University dimana mereka berbincang tentang googolplex.

Salah seorang pelajar yang mencadangkan nama tersebut telah tersalah eja perkataan itu menjadi Google.

Cadabra (Amazon)

Pada awalnya Jeff Bezos ingin menamakan syarikatnya dengan nama Cadabra iaitu singkatan daripada abracadabra.

Selepas memberitahu cadangan tersebut kepada peguamnya, peguam tersebut tersalah dengar dengan nama cadaver dan ianya dibantah oleh beliau untuk tidak menggunakan nama tersebut.

Bezos akhirnya menggunakan cadangan ketiga untuk nama syarikatnya iaitu Amazon. Nama Amazon diambil sempena nama sungai yang terpanjang di dunia seiring dengan misi Bezos yang menginginkan syarikatnya menjadi syarikat buku terbesar di dunia.

Zorba (Zara)

Filem Zorba the Greek tahun 1964 merupakan kegemaran Amancio Ortega sehingga beliau terinspirasi untuk menamakan kedainya dengan nama Zorba.

Oleh disebabkan terdapat sebuah bar yang berdekatan menggunakan nama yang sama dan bimbang akan menimbulkan kekeliruan, Ortega akhirnya menukar nama syarikatnya menjadi Zara.

AuctionWeb (eBay)

Pada awalnya, AuctionWeb hanya menjual satu barangan sahaja iaitu laser pointer yang rosak.

Pierre Omidyar melancarkan laman web tersebut untuk menjual laser yang bernilai $14.38 kepada pengumpul laser pointer yang rosak.

Selepas itu beliau menyedari bahawa laman web itu berpotensi menjual barangan-barangan lain. Untuk menyelarikan laman web tersebut dengan laman web firma perundingnya iaitu Echo Bay, beliau menukar nama laman web itu menjadi eBay.

Cargo Cafe (Starbucks)

Menurut pengasas bersama Starbucks iaitu Gordon Bowker, nama Cargo House bukan menjadi kegemaranan mereka.

Bowker yang mempunyai latar belakang dalam bidang pengiklanan menginginkan nama syarikat tersebut dimulai dengan huruf “st” kerana ia kedengaran lebih menarik.

Salah seorang ahli dalam pasukannya melihat peta lama di kawasan Barat laut Pasifik dan menjumpai sebuah bandar yang dinamakan Starbo.

Daripada itu, beliau melihat kepada nama yang pertama dalam buku tersebut iaitu Moby Dick. Campuran Starbo dan Dick menjadi Starbuck. Penambahan huruf “s” pada nama tersebut menjadikan ia lebih konvensional.

Kibble (Netflix)

Dah macam nama makanan kucing pula.

Selepas Marc Randolph mendaftar syarikatnya dengan nama Kibble dalam projek yang dijalankan untuk mengalahkan Blockbuster, beliau berhasrat ingin menggunakan nama rent.com menjelang hari pelancaran syarikat berkenaan.

Namun, nama tersebut telah didaftarkan oleh pihak lain dan mereka diminta untuk membayar sebanyak $40,000 jika ingin memilikinya.

Akhirnya mereka bercadang untuk menggabungkan unsur internet dan filem. Oleh itu, Netflix muncul iaitu gabungan perkataan net daripada internet dan flicks daripada filem.

Jerry and David’s Guide to the World Wide Web (Yahoo!)

Tak boleh panjang lagi ke nama tu?

Pengasas bersama Jerry Yang dan David Filo merupakan pemegang Ph.D. daripada University Stanford, mencipta sebuah enjin carian yang terbesar di dunia.

Mereka bercadang untuk menggunakan nama Jerry and David’s Guide to the World Wide Web namun ia tidak bersesuaian untuk dinamakan pada sesebuah syarikat.

Mereka akhirnya memilih Yahoo! iaitu singkatan daripada Yet Another Hierarchical Officious Oracle dan tanda seru digunakan kerana nama Yahoo sahaja telah wujud.

Pete’s Super Submarines (Subway)

Pete’s Super Submarines pada awalnya dibuka di Bridgeport, Connecticut pada tahun 1965.

Selepas itu, nama kedai itu ditukar kepada Doctor’s Associates Inc. yang diambil daripada nama pengasasnya Dr. Peter Buck.

Namun nama tersebut tidak dapat menarik perhatian pelanggan dan akhirnya beliau membuat keputusan untuk mencuba satu lagi nama baharu iaitu Subway.

Blue Ribbon Sports (Nike)

Agak-agak Cristiano Ronaldo tahu tak nama asal Nike?

Bill Bowerman dan Phil Knight awalnya merupakan pengedar kasut buatan Jepun iaitu Onitsuka Tiger.

Nike dan Dimension 6 merupakan nama yang dicadangkan apabila mereka mula mengembangkan perniagaan mereka.

Akhirnya, Nike dipilih yang diinspirasikan daripada nama dewi kemenangan Greek sebagai jenama kasut mereka.

Tote’m (7-Eleven)

Tote’m merupakan sebuah kedai runcit yang telah ditubuhkan pada tahun 1927.

Pada tahun 1946, apabila mereka menukar masa operasi harian kedai tersebut kepada jam 7 pagi hingga 11 malam, maka terciptanya nama 7-Eleven.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat