8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (12-16 Jun 2023)

474

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Indeks purata gaji di UK dijangka akan catat pertumbuhan yang baik, namun kebimbangan adalah pada ramalan kadar pengangguran yang dijangka akan meningkat kepada 4.0%.

Data CPI AS (Selasa 8.30 Malam): Menjadi indikator penting bank pusat dalam menetapkan dasar monetari, bacaan indeks harga pengguna AS diperhatikan untuk menilai kadar inflasi semasa. Angka yang diterbitkan akan memberi gambaran langkah yang bakal diambil oleh Federal Reserve (Fed).

Data KDNK UK (Rabu 2.00 Petang): Pertumbuhan ekonomi UK untuk April dijangka lebih baik kepada 0.2% berbanding penguncupan 0.3% bulan sebelumnya.

Data PPI AS (Rabu 8.30 Malam): Indeks harga pengeluar AS turut akan diperhatikan pasaran yang memberi gambaran awal keadaan inflasi dari pengeluar yang boleh mempengaruhi inflasi di peringkat pengguna.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Acara utama minggu ini, keputusan mesyuarat bank pusat AS akan menjadi penggerak pasaran. Jangkaan adalah untuk kadar faedah dikekalkan di paras 5.25%, namun tidak mustahil Fed akan bertindak serupa seperti kejutan oleh bank pusat Australia dan Kanada minggu lepas.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Setelah bank pusat Australia (RBA) mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah minggu lalu, sektor pekerjaan di negara itu akan dinilai. Bacaan data pekerjaan yang kukuh boleh menyokong RBA untuk teruskan pengetatan dasar.

Mesyuarat Polisi ECB (Khamis 8.15 Malam): Bank pusat Eropah (ECB) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00% pada mesyuarat Jun. Mata wang Euro berkemungkinan akan meningkat pada reaksi awal.

Mesyuarat Polisi BOJ (Jumaat): Bank pusat Jepun (BOJ) masih dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10% selepas beberapa bulan jawatan gabenor diambil alih oleh Kazuo Ueda. Pasaran akan menilai kenyataan susulan beliau untuk gambaran penetapan dasar selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat