Peringatan! Minggu Ini Ada Mesyuarat FOMC!

410

Gelora dagangan pada minggu lalu dijangka akan berterusan ke minggu ini dengan beberapa keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat akan diketahui dan menjadi tumpuan utama adalah mesyuarat FOMC.

Pasaran semakin berwaspada terhadap jangkaan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang bakal dikekalkan, ekoran bank pusat Australia (RBA) dan Kanada (BOC) pada minggu lalu membuat kejutan dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Perlu diingatkan bahawa kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) juga masih lagi belum turun mencapai sasaran.

Jadi, adakah Fed akan bertindak dengan langkah yang serupa minggu ini?

Data indeks harga pengguna (CPI) AS turut akan diperhatikan di awal minggu sebelum tumpuan beralih ke mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Minggu lalu, mata wang US dolar didagangkan susut pada Khamis ketika data tuntutan faedah pengangguran AS catat bacaan yang meningkat.

Namun, mata wang itu kembali pulih pada Jumaat untuk menutup dagangan di penghujung minggu dengan mengurangkan sedikit kerugian dialami sebelumnya.

Ketika penyusutan dipaparkan oleh US dolar, mata wang utama yang lain seperti Euro, Pound, dolar Australia dan New Zealand, masing-masing berjaya catatkan peningkatan nilai yang positif minggu lalu.

Minggu ini lebih mencabar buat dagangan US dolar di samping data-data penting yang akan diterbitkan seperti indeks harga pengeluar (PPI), jualan runcit dan tinjauan sentimen pengguna AS.

European Central Bank (ECB) pada mesyuarat berlangsung pada Khamis nanti dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00%.

Sementara, Bank of Japan (BOJ) pula berkemungkinan akan terus kekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10%.

Indeks Wall Street berjaya capai paras tertinggi beberapa bulan walaupun diselubungi kebimbangan terhadap unjuran ekonomi global.

Pasaran komoditi juga dilihat didagangkan agak suram minggu lalu dengan emas berjaya berada semula di atas paras $1,950 per auns sementara minyak mentah alami kejatuhan di penghujung minggu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat