Zon $1.0600 Masih Tampung Harga Pada EUR/USD Dari Junam Lebih Rendah

146

Pergerakan pasaran masih lagi dilihat mendatar sepanjang minggu ini dengan pelabur semakin tambah waspada untuk berada dalam pasaran pada dagangan penghujung 2022 ini.

US dolar yang suram di awal minggu sedikit menunjukkan pergerakan harga yang positif apabila pengukuhan mula dipamerkan bermula terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Rabu lalu.

Dan di sesi New York pada Khamis semalam menyaksikan bacaan akhir untuk pertumbuhan ekonomi AS dengan bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan untuk kekal di paras 2.9% iaitu kepada 3.2%.

Bacaan-bacaan data ekonomi yang memberangsangkan ini sedikit sebanyak menyerlahkan US dolar berbanding mata wang utama yang lain ketika menuju penutup dagangan minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga masih lagi dilihat bergerak dalam zon mendatar sepanjang minggu.

Kenaikan semalam mencapai paras sekitar 1.06600 sebelum junam semula di bawah zon 1.06000 dan mengakhiri penghujung sesi New York di sekitar tersebut.

Di samping pengukuhan US dolar, harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) semula turut memberi isyarat untuk pergerakan bearish harga.

Harga yang berlegar perlahan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) sekitar 1.06000 dijangka akan melanjutkan penurunan lebih rendah untuk menuju pula zon tumpuan pada 1.05000.

Menyambung corak bearish harga tersebut akan mendorong penurunan sehingga mencecah sekitar 1.04000.

Namun, jika harga kembali paparkan lonjakan semula dari zon 1.06000, kenaikan berkemungkinan akan menuju ke paras ketinggian 1.07000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan mensasarkan pula pada 1.08000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat